Pages

Friday 17 July 2009

Saya Juga Bertudung



Salam,semoga nyaman selalu...

Ramai dikalangan anak-anak muda Malaysia mereka rasa dah cukup bagus dengan memakai tudung pelbagai fesyen tapi hakikatnya hampeh, hipokrit, cap ayam belaka!!!.. Kenapa?

Berpakaian :
Berbaju lengan labuh tetapi ketat.( Body shape )
Berbaju labuh tetapi lengan pendek.( T-Shirt )
Berbaju ,lengan Labuh tetapi seluara panjang Fit / low waist.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi 5 suku ( paras betis )
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi tudung berfesyen kebelakang nampak leher & dada.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi baju saya XX-ray


Bersifat :
( Penyayang ) Selalu keluar kesana sini dengan teman lelaki.(Bukan Muhrim/Mahram)
( Mengeratkan Silaturahim ) Berpegangan Erat tangan dengan teman lelaki semasa berjalan.
( Berhati-Hati ) Memeluk teman lelaki semasa membonceng motosikal.
( Ingin Tahu ) Selalu meletakkan kepala diatas bahu teman lelaki saya semasa menyaksikan air laut.
( Tak cemburu ) Tak kisah Suami orang ker tidak..( Tak Ori Tapi OK )

Berpengalaman :
( Pelakon ) memakai tudung semasa beraksi didalam VCD Berhari-Hari Di lokasi.
( Model ) memakai tudung semasa mengayakan aksi-aksi di luar batasan.
( Penyanyi ) memakai tudung semasa berkaraoke bersama teman-teman lelaki.
( Penari ) memakai tudung semasa beraksi diatas pentas untuk uji bakat Malaysian Idol
( Safety First ) memakai tudung semasa mencari tempat maksiat yang line clear.
( Jurusolek ) memakai tudung tetapi kening ditarahnya sehingga nipis.

* Selalunya wanita yang bertudung yang sedemikian memang nampak baik ,sopan sebagai contoh :

( Bercakap Benar ) Ni 1st time I naik moto dengan lelaki.....
( Murah Hati ) Alahhh..I tak kisah...asalkan U jangan lebih-lebih dahlahhh...
( Pemalu ) Yang'g..kat sini orang nampak...marilah duduk disanaaa.....
( Bertangungjawab ) Alahh..yangg..berani kita berduer buat berani ler kiter tanggung.
( Prihatin ) Yangg....dah 2 minggu lebih I tak datang bulan purnama.


* Zaman Sekarang ini Tudung kepada wanita-wanita sedemikian seolah-olah adalah fesyen,trend ataupun adat.(di Negara Arab ,wanita bukan Islam juga bertudung & berpudrah.)

* Janganlah kita menilai wanita yang tak bertudung dengan satu nilaian yang buruk.tetapi kita dorongilah mereka & berilah galakan yang sewajarnya kerana ia adalah kewajipan sebagai seorang Muslimin.

* Kepada wanita/remaja/perempuan yang bertudung seperti yang digambarkan di atas
janganlah kalian mencemarkan nama baik Islam,Janganlah besembunyi disebalik tudung anda.

0 comments:

Post a Comment

Share |