Pages

Wednesday 30 March 2011

Khasiat Roselle


Roselle atau nama sainsnya Hibiscus sabdariffa merupakan salah satu spesis bunga raya yang terdapat di negara yang beriklim tropika dan subtropika termasuk Afrika, Arab, India dan Asia (termasuk Malaysia). Bunga raya yang sering kita lihat ditanam di taman-taman bunga pula dinamakan Hibiscus rosasinensis dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Roselle ditanam di Malaysia secara meluas sama ada secara pertanian komersial atau pun di tanam di halaman rumah sahaja. Ia mempunyai vitamin C yang sangat tinggi berbanding vitamin C yang terdapat di dalam citrus atau pokok spesis limau. Roselle yang masih segar mempunyai Vitamin C 20 kali ganda daripada Vitamin C di dalam citrus dan roselle yang kering hanya mempunyai 9 kali ganda sahaja. Ini bermakna roselle perlu diamalkan setiap hari kerana banyak penyakit telah menyerang bukan sahaja golongan yang sudah tua tetapi juga golongan muda. Pelik tapi benar. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, lemah jantung, masalah buah pinggang dan sebagainya dinamakan penyakit degeneratif.

Mengapa ia boleh jadi begitu? Mengapa orang muda pun boleh menghidapi penyakit degeneratif sedangkan tidak terbayang oleh akal kita bagaimana usia begitu muda boleh menghidapinya? Ini adalah kerana kajian telah menunjukkan pemakanan dan persekitaran kita telah dicemari dengan keracunan yang tinggi dan mengakibatkan kerosakan sel dan tisu di dalam badan oleh aktiviti radikal bebas. Oleh itu roselle amat baik untuk diamalkan bagi mengelak dan menjaga kesihatan kita.

Anti penuaan

Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.

Mencegah Penyakit Jantung

Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.

Mencegah Kanser

Kanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi. Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser.

Merawat Demam Panas

Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang.

0 comments:

Post a Comment

Share |