KEPERLUAN
CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi
pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin
B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan
kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak,
kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa
pelbagai penyakit berbahaya.
KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina
dalam
kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib
menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan
(bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di
perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan,
menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak
di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan,
membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi,
mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
Darul
Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu
Qaiyyim
dalam kitab beliau
Al-Tib Al-Nabawi
menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di
perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk
batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari
ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma
dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang
berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat
mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut),
menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah
dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan
terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya),
membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan
darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
0 comments:
Post a Comment